Thursday, June 17, 2010

Timbulnya...

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:

a. Timbulnya keinsafan dari perasaan
b. Timbulnya kemahuan dari keinginan
c. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan
d. TImbulnya kemajuan dari perubahan
e. Timbulnya kepandaian dari kerajinan
f. TImbulnya kesihatan dari kebersihan
g. Timbulnya cinta dari mata
h. Timbulnya dengki dari hati
i. TImbulnya kekuatan dari persatuan
j. TImbulnya bencana dari kebodohan
k. TImbulnya kesusahan dari kemiskinan

Sunday, June 6, 2010

Gaya MENANGIS Cermin Peribadi

Gaya MENANGIS Cermin Peribadi

Menangis sambil tersedu-sedu
-Gaya ini menunjukkan penyesalan.
-Orang yang bijak dalam membuat sesuatu keputusan.
-Cukup cerewet dan suka berangan kosong.
-Kelebihan……lebih mudah dan mesra dalam pergaulan, pantang dapat
kenalan baru.

Menangis disertai dengan makian & memukul atau mencampak sesuatu benda
-Orang yang tidak suka diperintah
-Baginya apa yang dibuat adalah yang terbaik.
-Tidak memerlukan pendapat orang lain.
-Berlagak seolah-olah dia saja yang betul.
-Orang lain semua tidak kena.

Menangis kemudiannya ketawa
-Seseorang yang tidak serius dalam melakukan sesuatu kerja.
-Seorang yang lucu & pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
-Seolah-olah menyimpan sesuatu rahsia yang tidak mahu diketahui oleh
orang lain.
-Baginya……boleh menutup perasan sebenar yang dirasakan

Menangis sambil menghentak-hentakkan kaki.
-Suka memberontak
-Tidak tahu malu & masih berperangai keanak-anakan.
-Sikap ini merugikan diri sendiri.
-Tidak ramai yang mahu berdampingan

Menangis seperti diserang histeria.
-Terlalu mengikut nafsu dan perasaan semata-mata.
-Berasa rendah diri
-Tidak yakin kemampuan diri sendiri.
-Tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang.
-Membuatkan kecundang dalam hidup.

Menangis sambil merengek-rengek.

-Keanak-anakan dan manja.
-Mengada-ngada
-Guna kesempatan untuk manarik perhatian orang.
-Sifat buruk ini menjadikan orang menyampah.

Bagaimana anda menangis, jawapannya ada pada anda

Renungan Sejenak...

JIKA kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.

Jika kebaikan dibalas kebaikan,
maka itu adalah perkara biasa.

Jika kebaikan dibalas kejahatan,
maka itu adalah zalim.

Tapi jika KEJAHATAN dibalas KEBAIKAN,
maka itu adalah MULIA DAN TERPUJI."

(La Roche)

Ambillah waktu...

"Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga."

Renungan Sejenak...


click to create your own

MAP-D-6

Tarikh : 15 dan 16 Mei 2010
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Di SKTN
Sasaran : Murid Tahun 6

sabar ya..nanti cikgu upload gambar kamu semua..

TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS

Tarikh : 14 Mei 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00am - 10.00am
Tempat : Dewan Nirwana
Sasaran : Murid Tahun 6
Penceramah : Cikgu Anuar Sadat..





SEMINAR MOTIVASI TAHUN 5

Tarikh : 13 Mei 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00am - 10.00am
Tempat : Dewan Nirwana
Sasaran : Murid Tahun 5









SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KERTAS BI

Tarikh : 8 May 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00am - 12.00pm
Tempat : Di Dewan Nirwana
Sasaran : Murid tahun 6
Penceramah : Pn. Ratinah