Tuesday, March 30, 2010

Nirwana Juara Lagi...!!

Pada minggu lepas 26 Mac 2010 (Jumaat), Pasukan Skuad Bola Sepak SK TAMAN NIRWANA telah menjuarai Pertandingan Bola Sepak peringkat Zon setelah menewaskan Pasukan SK Ampang.

Tahniah cikgu ucapkan pada barisan pemain-pemain handalan SK TAMAN NIRWANA dan juga Jurulatih-jurulatih yang berkaliber dan tidak boleh disangkal lagi kebolehannya dalam memperjuangkan gelaran "JUARA" yang amat sinonim dengan sekolah kita..

TAHNIAH....!!!

Saturday, March 27, 2010

KEM MOTIVASI TAHUN 6

Tarikh: 27 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00am - 6.00pm
Tempat: S.K.Taman Nirwana
Anjuran : Guru-guru tahun 6
Dengan Kerjasama:
1) Unit Bimbingan dan Kaunseling
2) ASA Explore (COnsultant)

LAWATAN MUHIBBAH TAHUN 4

Tarikh: 27 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00am - 2.00pm
Tempat: 1) Muzium Negara
2) Planetrium Negara
3) Muzium Polis KL

Hari ini cikgu berkesempatan bersama-sama murid tahun 4 mengikuti lawatan muhibbah ke Muzium Negara, Planetrium Negara dan Muzium..Secara jujurnya ini adalah pertama kali cikgu menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang berikut..Cikgu pun turut serta "excited" mengikuti lawatan ini..

Di Muzium negara, terdapat banyak informasi tentang sejarah-sejarah Malaysia dan koleksi khazanah negara seperti batu-batu,matawang zaman purba,tembikar@labu,pakaian tradisional dahulu kala, sejarah kemerdekaan negara dan lain-lain lagi. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan ketika melawati Muzium negara ini.

Planetrium negara,
Dari Muzium negara, kami "berekspidisi" berjalan kaki menaiki tangga ke planetrium negara..sungguh menguji kekuatan fizikal & minda kami para guru dan juga murid-murid ketika "berekspidisi" ini..Namun walaubagaimana pun, setelah berpenat lelah menaiki tangga, kami dihidangkan dengan paparan info yang menarik mengenai sains dan angkasawan ditambah lagi aircond yang sejuk..sungguh damai sekali...Murid-murid serta guru-guru tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi menambahkan ilmu pengetahuan kami. Namun cikgu tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktivti yang paling mencabar setelah dicabar oleh cikgu-cikgu tahun 4. Demi memperjuangkan sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling yang sentiasa POSITIF dan tidak takut pada cabaran yang datang, cikgu bersedia sahut cabaran tersebut..Sungguh Memeningkan....namun Cikgu sungguh seronok dan teruja kerana bukan calang-calang orang berani mencuba..(^__^)...

Muzium Polis,
Pelbagai paparan menarik di Muzium Polis ini.CIkgu-cikgu yang lebih teruja berbanding murid-murid ketika memasuki muzium ini.. ini mungkin kerana cikgu-cikgu seronok dapat bahan-bahan rampasan polis, senjata-senjata yang digunakan semasa beroperasi, model-model kenderaan dahulu hingga kini, pakaian polis dan lain-lain lagi...kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai di replika-replika kenderaan polis..

Sesungguhnya kami para guru sungguh seronok kerana dapat bersama-sama murid tahun 4 dalam berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat berguna dalam membuka minda murid-murid tentang perkembangan sejarah Malaysia..










Monday, March 15, 2010

IT'S NOT EASY...

It's not always easy...
- to apologize
- to start all over again
- to admit a mistake
- to be unselfish
- to ask for advice
- to keep trying
- to think first and act afterwards
- to learn from mistakes
- to forgive and forget
- to accept criticm, deserved and undeserved
- to put yourself in the other man's shoes
But it always pays!!!
Dont work hard, but work smart
Dont give reasons but give results

ADAB BELAJAR

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS 2010

Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00am - 6.00pm
Tempat: SK Taman Nirwana





Sunday, March 14, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Tarikh : 4 dan 5 Mac 2010
Hari : Khamis dan Jumaat
Tempat : SK Taman Nirwana

Sempena menyambut Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1431M, pihak SK Taman Nirwana telah menganjurkan pertandingan Selawat ke atas Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw.

Pada 4 Mac 2010
telah berlangsung pertandingan Selawat ke atas nabi untuk setiap kelas bermula tahun 6, 5 dan seterusnya diikuti tahun 4. Murid tahun 6 membuat persembahan yang begitu penuh penghayatan dalam mendalami bacaan Selawat keatas nabi. Tidak kurang hebat juga murid-murid tahun 5 dan 4 yang mampu membawa bacaan selawat ini dalam tempoh masa 3 hari sahaja praktisnya. Tahniah diucapkan kepada kelas yang memenangi pertandingan selawat ini. Mudah-mudahan kamu semua dapat selawat ke atas nabi tidak lekang daripada bibir kamu...amin..


Pada 5 Mac 2010
Hari Jumaat yang mulia ini telah diadakan secara rasminya Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Di antara aktiviti yang di mulakan dengan paluan kompang seterusnya ucapan daripada GPK1 diikuti dengan ceramah Maulid Nabi, persembahan murid-murid yang berjaya memenangi tempat pertama pertandingan selawat setiap tahun dan aktivti murid setiap tahun bermula tahun 1 hingga 6.





Wednesday, March 10, 2010

Hayatilah kisah Rasullullah s.a.w

MUDAHNYA MENJADI MUSLIM...NAMUN,

Mudahnya menjadi MUSLIM...namun...Marilah sama-sama kita renungkan & Muhasabah diri kita bersama.Sesungguhnya orang yang beriman itu lagi kuat dugaan,ujian & cabarannya.Sama-samalah kita tingkatkan keimanan & ketaqwaan kepadaNYA,moga sentiasa mendapat kerahmatan & keredhaan ILAHI..amin~

~Anda perlukan cuma 5 minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat @ ke tempat belajar.

~Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibubapa,isteri @ suami @ anak-anak sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut.

~Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung @ jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.

~Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zuhur sedangkan untuk makan tengahari lebih dari itu,sehingga 40 minit.

~Anda hanya perlukan masa 15 minit untuk solat Asar sedangkan anda boleh luangkan masa sehingga sejam bergayut pada telefon.

~Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-Quran tidak selama menonton filem Hindustan @ filem melayu,kadangkala sehingga 2 jam.

~Anda hanya perlu solat Maghrib hanya 7 minit tetapi berita TV melebihi setengah jam.

~Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam & kasih kepada ibu bapa @ suami isteri sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit.

~Anda perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadith Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah tempatan selama 60 minit.

~Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai "THE END" sedangkan anda hanya perlu 2 saat untuk menyebut kalimah syukur kepada ILAHI.
~Al-Faqirah Wad Dhoifah Ila ALLAH~


YA ALLAH..kau kuatkanlah diri ini dalam menjalani ujianMU..diri ini adalah seorang insan biasa yang sering alpa..kau kuatkanlah iman diri ini..insya-Allah..ameen..

UJIAN FASA 1

9 MAC 2010 (SELASA):BAHASA MELAYU 1, BAHASA MELAYU 2 DAN SAINS
10 MAC 2010(RABU) :BAHASA INGGERIS 1, BAHASA INGGERIS 2 DAN PAI/MORAL
11 MAC 2010(KHAMIS):MATEMATIK 1 DAN MATEMATIK

Kepada murid-murid SK Taman Nirwana, Cikgu-Cikgu doakan kalian dapat menjawab PKBS 1 dengan jayanya...aminnn...

Tuesday, March 9, 2010


click to create your own

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010






Syukur alhamdulillah kerana dapat juga menjayakan Majlis Pelantikan Pengawas dengan rasminya pada 8 FEBUARI 2010 bersamaan hari ISNIN pada perhimpunan pagi. Terima kasih juga pada guru-guru disiplin yang banyak membantu kami dalam menjayakan Majlis berprestij ini. Di harapkan selepas pelantikan pengawas secara rasminya, pengawas-pengawas ini akan dapat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka kerana murid pertama yang cikgu percayai adalah PENGAWAS. Pikullah tanggungjawab ini dengan hati yang terbuka untuk demi masa depan sekolah kita yang tercinta. Sekian..

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK..

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

hai... kali ni, ubk sktn dimeriahkan dengan kehadiran guru-guru bk baru posting. Ada kemajuanlah untuk update blog ni...selamani memang muram je khabar nirwana ni....la ni ada semangatla nak update