Saturday, March 27, 2010

LAWATAN MUHIBBAH TAHUN 4

Tarikh: 27 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00am - 2.00pm
Tempat: 1) Muzium Negara
2) Planetrium Negara
3) Muzium Polis KL

Hari ini cikgu berkesempatan bersama-sama murid tahun 4 mengikuti lawatan muhibbah ke Muzium Negara, Planetrium Negara dan Muzium..Secara jujurnya ini adalah pertama kali cikgu menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang berikut..Cikgu pun turut serta "excited" mengikuti lawatan ini..

Di Muzium negara, terdapat banyak informasi tentang sejarah-sejarah Malaysia dan koleksi khazanah negara seperti batu-batu,matawang zaman purba,tembikar@labu,pakaian tradisional dahulu kala, sejarah kemerdekaan negara dan lain-lain lagi. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan ketika melawati Muzium negara ini.

Planetrium negara,
Dari Muzium negara, kami "berekspidisi" berjalan kaki menaiki tangga ke planetrium negara..sungguh menguji kekuatan fizikal & minda kami para guru dan juga murid-murid ketika "berekspidisi" ini..Namun walaubagaimana pun, setelah berpenat lelah menaiki tangga, kami dihidangkan dengan paparan info yang menarik mengenai sains dan angkasawan ditambah lagi aircond yang sejuk..sungguh damai sekali...Murid-murid serta guru-guru tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi menambahkan ilmu pengetahuan kami. Namun cikgu tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktivti yang paling mencabar setelah dicabar oleh cikgu-cikgu tahun 4. Demi memperjuangkan sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling yang sentiasa POSITIF dan tidak takut pada cabaran yang datang, cikgu bersedia sahut cabaran tersebut..Sungguh Memeningkan....namun Cikgu sungguh seronok dan teruja kerana bukan calang-calang orang berani mencuba..(^__^)...

Muzium Polis,
Pelbagai paparan menarik di Muzium Polis ini.CIkgu-cikgu yang lebih teruja berbanding murid-murid ketika memasuki muzium ini.. ini mungkin kerana cikgu-cikgu seronok dapat bahan-bahan rampasan polis, senjata-senjata yang digunakan semasa beroperasi, model-model kenderaan dahulu hingga kini, pakaian polis dan lain-lain lagi...kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai di replika-replika kenderaan polis..

Sesungguhnya kami para guru sungguh seronok kerana dapat bersama-sama murid tahun 4 dalam berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat berguna dalam membuka minda murid-murid tentang perkembangan sejarah Malaysia..










No comments: