Sunday, March 14, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Tarikh : 4 dan 5 Mac 2010
Hari : Khamis dan Jumaat
Tempat : SK Taman Nirwana

Sempena menyambut Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1431M, pihak SK Taman Nirwana telah menganjurkan pertandingan Selawat ke atas Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw.

Pada 4 Mac 2010
telah berlangsung pertandingan Selawat ke atas nabi untuk setiap kelas bermula tahun 6, 5 dan seterusnya diikuti tahun 4. Murid tahun 6 membuat persembahan yang begitu penuh penghayatan dalam mendalami bacaan Selawat keatas nabi. Tidak kurang hebat juga murid-murid tahun 5 dan 4 yang mampu membawa bacaan selawat ini dalam tempoh masa 3 hari sahaja praktisnya. Tahniah diucapkan kepada kelas yang memenangi pertandingan selawat ini. Mudah-mudahan kamu semua dapat selawat ke atas nabi tidak lekang daripada bibir kamu...amin..


Pada 5 Mac 2010
Hari Jumaat yang mulia ini telah diadakan secara rasminya Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Di antara aktiviti yang di mulakan dengan paluan kompang seterusnya ucapan daripada GPK1 diikuti dengan ceramah Maulid Nabi, persembahan murid-murid yang berjaya memenangi tempat pertama pertandingan selawat setiap tahun dan aktivti murid setiap tahun bermula tahun 1 hingga 6.





No comments: