Wednesday, April 28, 2010

FIKIRKAN BOLEH...!!!

Fikirkan Boleh



Jika KU fikirkan KU boleh

KU hampir boleh melakukan

Jika KU fikirkan ragu-ragu

UsahaKU tidak menentu



Jika KU fikirkan kekalahan

KU hampiri kegagalan

Jika KU fikirkan kemenangan

KU hampiri kejayaan



AKUlah apa KU fikirkan

Terkandung dalam pemikiran

KU fikir boleh melakukan

Fikirkan boleh



Percaya apa KU lakukan

Tabah apa KU usahakan

Bertindak atas kemampuan

AKU boleh..!!!

UJIAN SETARA

Tarikh : 26 hingga 28 April 2010
Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 8.00 am - 12.55pm (mengikut subjek)
Tempat : Kelas 6 Arif hingga 6 Ideal

GOOD LUCK..!!!

HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Tarikh : 24 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00am - 2.00pm
Tempat : Sek. Men. Agama Batu 10 Hulu Langat.





PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

CERAMAH BULANAN UBK

Tarikh : 23 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00am - 11.00am
Tempat : Dewan Nirwana
Penceramah :
1)Pn. Farah Nini bt Abd Aziz (Ketua UBK)
2)Cik Siti Hajar bt Rahman

Ceramah ini diadakan supaya murid-murid bersedia untuk menghadapi peperiksaan kelak. Tidak kiralah samada peperiksaan OTR , Fasa 1 atau 2 atau UPSR, murid perlu tahu apa yang perlu disediakan atau menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang peperiksaan. Cikgu harap, dengan ceramah yang singkat ini, kamu dapat aplikasikan maklumat ini dalam kehidupan kamu seharian..

Senarai Nama yang berjaya menjawab SOALAN 3 MINIT...
1 ADI KURNIAH B ANTO ARIANTO (6 ARIF)
2 BALQIS BT WIRA (6 ARIF)
3 FAIZAH BT MOHD AFFENDI (6 ARIF)
4 FARAH ATHIRA BT ABU HASSAN (6 ARIF)
5 INTAN NURJANNAH BT MOHAMED SABRI (6 ARIF)
6 MUHAMMAD AMIR HAKIM B. MOHD ZAINI (6 ARIF)
7 MUHAMMAD IZZAT AFIQ B ZAINUDDIN (6 ARIF)
8 SHAFIN ANDIKA B SUHAIMI (6 ARIF)
9 SITI NUR AIN NADHIRAH BT KHAMARUZZAMAN (6 ARIF)
10 WAN NUR FARZANA BT WAN SAFWAN (6 ARIF)
11 ATHIRAH NADIAH BT AZMAN (6 BESTARI)
12 MOHD IZZAT HAZIQ B. SHAHARUDDIN (6 CEKAL)
13 MUHAMMAD ILMAN (6 CEKAL)
14 MUHAMMAD IMAAMUDDIN B ABD AZIZ (6 CEKAL)
15 MUHD HANIF (6 CEKAL)
16 WAN MUHAMMAD ZAHID BIN ZULHISHAM (6 DEDIKASI)
17 MUHAMMAD ARIF (6 DEDIKASI)
18 MUHAMMAD AFIQ IRSYADDUDIN (6 DEDIKASI)

kepada murid-murid yang berjaya....cikgu ucapakan TAHNIAH kerana kamu mengikut ARAHAN yang diberi.





BENGKEL BIJAK SIFIR

Tarikh : 22 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00am - 9.00am (tahun 4)
: 9.00am - 10.00am (tahun 5)
Tempat : Dewan Nirwana dan Ruang Legar (blok baru)
Anjuran : Panitia Matematik






Sunday, April 18, 2010

Nirwana Vs Pusat Zakat - Bola Jaring

Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 5.00pm - 6.30 pm
Tempat : Padang SK Taman Nirwana

Pada hari Khamis petang berlangsungnya perlawanan Persahabatan Bola Jaring bersama Pusat Zakat Bangi. Alhamdulillah dengan berkat usaha Cikgu-cikgu yang tidak mengenal erti penat dan lelah sanggup memperjuangkan masa dan tenaga mereka demi menpertaruhkan Nirwana sebagai juara. Namun ternyata kemenangan adalah milik pasukan Nirwana..Syabas diucapkan.. walaupun hanya 2 kali sahaja sempat berlatih, alhamdulillah kemenangan berpihak pada Nirwana dengan mata 18 - 4..Namun tidak lupa juga pada Pasukan Zakat yang turut memberi komitmen yang memberangsangkan.

Pada hari tersebut, perlawanan ini dimeriahkan lagi dengan murid2 tahun 1,2 dan 3 yang sentiasa bersorak memberi semangat kepada guru-guru mereka..secara tidak langsung membakar semangat guru-guru mereka untuk peroleh kemenangan..Tahniah kepada Pengurus Pasukan Pn. Azwin yang sentiasa mengambil berat kebajikan peserta pasukannya dan berkat doa guru-guru yang mendoakan kejayaan Nirwana.

PENAT, LETIH, SAKIT, PANAS, HITAM, GUSAR, TENSION...

semuanya kini telah terbayar dengan kemenangan 18 - 4...namun apa yang pasti..tiada apa yang menjadi halangan sekiranya berkat usaha yang gigih, kerjasama sepasukan dan keberkatan dariNya...

TAHNIAHHH......!!!










Tuesday, April 13, 2010

MANUSIA DAN MOTIVASI

KENAPA MANUSIA TIDAK BERMOTIVASI??

• Tiada matlamat dan cita-cita yang jelas
• Tidak menilai diri secara tepat
• Tidak kenal kehebatan diri sendiri
• Tidak tahu cara mendorong diri
• Dikuasai oleh pemikiran negatif
• Imej diri yang negatif
• Mudah terpengaruh oleh persekitaran
• Tidak berdoa, bertawakkal dan bersyukur
• Tidak tahu mengurus diri
• Tidak mahu belajar daripada kesilapan
• Konsep kendiri yang rendah
• Mudah mengalah dan berputus asa


CIRI-CIRI ORANG YANG BERMOTIVASI

• Sentiasa awal dan mendahului orang lain
• Sentiasa bersemangat
• Sentiasa tekun dan rajin
• Sentiasa positif dan optimis
• Kenal potensi dan kehebatan diri
• Sentiasa cekal dan tabah
• Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan
• Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang
• Sentiasa bertawakkal dan bersyukur
• Sentiasa berdoa dan bertawadduk

Sunday, April 11, 2010

Saturday, April 10, 2010

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG, MSSDHL 2010

Tarikh : 6, 7 dan 8 April 2010
Hari : Selasa hingga Khamis
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm

Pasukan olahraga SK Taman Nirwana berjaya mengondol pingat 3 Perak dan 2 Gangsa..Lebih kurang 64 buah sekolah di daerah Hulu Langat ini menyertai acara ini. Syabas di ucapkan kepada pasukan sekolah walaupun pingat emas tersasar dari genggaman. Mungkin sudah bukan rezeki pasukan kita namun pastikan tahun depan kitalah juara...

Pingat yang dikutip:
Perak :
1) Lompat Jauh(tahun 5) = Solehah
2) 4 x 100 Meter (tahun6) = Rizuan, Khuzaimi, Syaffi & Arman
3) 4 x 200 Meter (tahun6) = Rizuan, Khuzaimi, Syaffi & Arman

Gangsa :
1) Lompat Jauh (tahun6) = Nurin Damia
2) 100 Meter (tahun 6) = Arman Azumi





Friday, April 9, 2010

SUKAN TAHUNAN SK TAMAN NIRWANA

Tarikh: 4 April 2010
Hari : Ahad
Tempat : IKBN Dusun Tua, Hulu Langat
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang






Sunday, April 4, 2010

Berkelah Di BB

Pada tarikh 3 Mac 2010, pasukan olahraga sekolah telah dibawa berkelah di Bukit Belacan atas habuan mereka memenangi acara 4x100 meter atas jemputan SK Ampang baru-baru ini. Tahniah diucapkan....





LAWATAN TAHUN 6

Tarikh: 31 Mac 2010
Hari : RAbu
Tempat: Universiti Malaya (UM) dan Planetruim Negara

Gambar-gambar lawatan akan dimuat turun tidak lama lagi..harap bersabar..

KEJOHANAN TENPIN BOWLING MSSDHL 2010

Tarikh: 30 dan 31 Mac 2010
Hari : Selasa dan Rabu
Tempat Ampang SuperBowl, Ampang Point

Buat pertama kalinya , SK Taman Nirwana menjadi tuan rumah untuk menjalankan pertandingan Tenpin Bowling ini anjuran bersama PPD Hulu LAngat. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu Selasa adalah untuk kategori bawah 12 tahun manakala hari Rabu pula adalah untuk kategori bawah 15 dan 18 tahun.

Tahniah kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori 12 tahun , 15 tahun dan 18 tahun..kesemuanya handal-handal belaka..ada juga player kebangsaan dan player negeri. Kagum cikgu lihat kesungguhan mereka untuk menjuarai pertandingan ini..

Walaubagaimanapun,ucapan ribuan tahniah kepada barisan Cikgu Zu dan EN. Sabri serta barisan urussetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini..

TAHNIAHH....