Sunday, April 18, 2010

Nirwana Vs Pusat Zakat - Bola Jaring

Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 5.00pm - 6.30 pm
Tempat : Padang SK Taman Nirwana

Pada hari Khamis petang berlangsungnya perlawanan Persahabatan Bola Jaring bersama Pusat Zakat Bangi. Alhamdulillah dengan berkat usaha Cikgu-cikgu yang tidak mengenal erti penat dan lelah sanggup memperjuangkan masa dan tenaga mereka demi menpertaruhkan Nirwana sebagai juara. Namun ternyata kemenangan adalah milik pasukan Nirwana..Syabas diucapkan.. walaupun hanya 2 kali sahaja sempat berlatih, alhamdulillah kemenangan berpihak pada Nirwana dengan mata 18 - 4..Namun tidak lupa juga pada Pasukan Zakat yang turut memberi komitmen yang memberangsangkan.

Pada hari tersebut, perlawanan ini dimeriahkan lagi dengan murid2 tahun 1,2 dan 3 yang sentiasa bersorak memberi semangat kepada guru-guru mereka..secara tidak langsung membakar semangat guru-guru mereka untuk peroleh kemenangan..Tahniah kepada Pengurus Pasukan Pn. Azwin yang sentiasa mengambil berat kebajikan peserta pasukannya dan berkat doa guru-guru yang mendoakan kejayaan Nirwana.

PENAT, LETIH, SAKIT, PANAS, HITAM, GUSAR, TENSION...

semuanya kini telah terbayar dengan kemenangan 18 - 4...namun apa yang pasti..tiada apa yang menjadi halangan sekiranya berkat usaha yang gigih, kerjasama sepasukan dan keberkatan dariNya...

TAHNIAHHH......!!!










No comments: