Monday, May 17, 2010

tidak sempat..

Salam dan Selamat sejahtera,

Kali ini, cikgu tidak sempat untuk mengemaskinikan blog UBK ni. Cikgu pasti ramai murid ternanti-nanti akan kemunculan program terbaru dari UBK dan pihak sekolah anjurkan. Kebetulan pada bulan ini, boleh dikatakan memang aktiviti cikgu agak padat. Mudah-mudahan cikgu akan ada kesempatan untuk berkongsi hebahan mengenai UBK dan aktiviti sekolah nanti.

akhir kata, SENYUM-SENYUMLAH SELALU.....(^___^)

Thursday, May 13, 2010

TERUJI

Hari ini, kredibiliti cikgu sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) teruji dengan kes disiplin yang agak berat kali ini. Murid-murid zaman sekarang memang ternyata agak kreatif dalam "manipulate" ayat. Penggunaan helah bela diri memang mengagumkan cikgu, sangat bijak mengatur ayat.

Namun kalian kena ingat, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".."walau 'terror' sekalipun drift kereta, akan terbabas juga suatu hari nanti"..begitu lah perumpamaan yang cikgu boleh katakan.

Hari ini memang kredibiliti GBK teruji dengan masalah kes disiplin, secara tidak langsung sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid lain turut terjejas. Kesian cikgu tengok anak murid cikgu sampai datang menjemput cikgu untuk mengingatkan cikgu bahawa sekarang giliran cikgu untuk mengajar mereka..Namun apa boleh buat, mengurus kes murid adalah tanggungjawab utama cikgu sebagai GBK. Tetapi cikgu benarkan murid kelas cikgu bermain permainan "jengga @ blok kayu @ dam Sivik" sementara cikgu menguruskan kes tersebut.

sekarang ini, tugas cikgu makin bertambah banyak. Namun itu tidak menjadi batu penghalang pada cikgu untuk cikgu terus mendidik anak bangsa bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi sahsiah mereka..

Mudah-mudahan Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dalam membimbing mereka ke arah JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

sekian..

Saturday, May 8, 2010

MOTIVASI TAHUN 5

Tarikh : 6 Mei 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00am - 10.30m
Tempat : Dewan Nirwana dan Makmal Sains(Blok baru)
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Penceramah : Pn. Letchumi

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tuesday, May 4, 2010

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling??

Cara-cara mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling:-

MUDAH SAHAJA...!!

Sila kunjungi Guru Bimbingan anda di bilik Bimbingan & Kaunseling

Dan

Isikan borang temujanji yang bersesuaian

Sunday, May 2, 2010

Apakah yang bukan KAUNSELING??

Kaunseling bukan memberi nasihat.

Walau bagaimanapun, memberi nasihat terdapat dalam kaunseling, tetapi memberi nasihat adalah lebih kepada salah satu strategi yang terdapat dalam kaunseling.

Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau bercerita kosong.

Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan dijalankan di tempat khas (khususnya di bilik kaunseling), pada masa yang telah dipersetujui bersama, dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih dalam bidang kaunseling.

Dalam kaunseling, kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan masalah klien.

Peranan kaunselor adalah membantu klien memahami masalahnya untuk terus bertindak menyelesai masalah berkenaan.

Apa itu BIMBINGAN??

Apa itu bimbingan?

Bimbingan
merupakan proses bantuan yang diberikan kepada seseorang individu atau murid untuk menentukan matlamat jangka pendek dan panjang,merancang cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkahlaku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu atau murid yang berkenaan.


Mengapa bimbingan?


@ Suatu proses pengetahuan. Bimbingan membantu murid secara menyeluruh merangkumi minat, bakat, kelebihan serta kelemahan seseorang.

@Bimbingan untuk semua, tanpa mengira latarbelakang peribadi seseorang.

Renungan Sejenak...


click to create your own

TEMASYA SUKANEKA SKTN 2010

Tarikh : 30 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30am - 11.00am
Sasaran : Murid tahun 1, 2 dan 3
Tempat : Padang Nirwana





Saturday, May 1, 2010

Cemerlang Akhlak Cemerlang Akademik - CACA1

Tarikh : 29 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 6.30pm - 10.30pm
Sasaran : Tahun 6
Penceramah : Ustaz Kashbi
Anjuran : Panitia Pendidikan Agama Islam
Kerjasama : Guru-guru tahun 6 dan guru-guru SKTN
Tempat : Dewan Nirwana

Tentatif Program:
6.30 pm - Makan malam
7.15 pm - Solat Maghrib berjemaah
7.30 pm - Ceramah CACA
9.00 pm - Solat Isyak berjemaah
9.30 pm - Solat Sunat Taubat dan Hajat
10.30 pm - Majlis bersurai



Latihan Senam Robik - PJK

Tarikh : 29 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00am
Tempat : Dataran Nirwana

Pada pagi yang hening ini, tiba-tiba cikgu terdengar muzik rancak dipasangkan di dataran Nirwana. Hati kecil tertanya-tanya.."ada program apa hari ni..?"..apabila dirisik-risik dan perhatikan sendiri...rupa-rupanya cikgu PJK sedang mengadakan senam robik untuk murid-muridnya...Mungkin ini juga merupakan latihan untuk melakukan senam robik untuk TEMASYA SUKANEKA yang akan berlangsung pada esok hari...


/>